Terima kasih kepada A. Normal Architect kerana membuat tempahan kek lapis keluaran Hannah Bakery sebagai tanda cenderhati / coporate gift kepada klien sempena Hari Raya Aidilfitri.
Thursday, September 2, 2010
Tempahan Korporat
Friday, August 13, 2010
Wednesday, July 7, 2010
Harga Sempena Aidilfitri
KEK LAPIS REMPAH, KEK MOCHA
Saiz 8”x8” (berat 1.25kg)
RM 55.00
KEK LAPIS ASAM MANIS, KEK LAPIS PRUNE,
Saiz 8”x8” (berat 1.25kg)
RM 60.00
KEK LAPIS KEJU KENCANA, KEK LAPIS KEJU COKLAT
Saiz 8”x8” (berat 1.3kg)
RM 65.00
KEK MOCHA KAPAS
Saiz 8”x8”
RM 35.00
KEK KUKUS BUAH
Saiz 8”x8”
RM 40.00
BANGKIT SANTAN
1 telap 100 biji
RM 16.00
Labels:
Harga
Tuesday, July 6, 2010
Kuih Bangkit
Kuih bangkit santan berwarna putih, ranggup dan bila makan ia cair di mulut. Bangkit buatan orang kampung ini asli dan diperbuat dari santan dan kelapa terpilih. Hanya dijual pada harga RM16.00 sahaja / telap.
Labels:
Bangkit Santan
Monday, June 7, 2010
Sunday, May 23, 2010
Tempahan K. Azza (UTM)
Tempahan dari K. Azza UTM. Sepanjang malam buat kek sampai ke pagi. Akhirnya berjaya juga siapkan 3 keping kek lapis dan 1 keping kek kukus buah.
Terima kasih untuk akak kerana jadi my regular customer. Rasanya dah cecah ribu juga jumlah keseluruhan kek yang ditempah oleh Kak Azza hingga kini. Selamat Menjamu Selera..
Thursday, May 20, 2010
Muffin Coklat
Muffin coklat ini mengunakan putih telur sepenuhnya. Lebihan putih telur dari kek lapis digunakan untuk muffin bagi mengelakkan pembaziran. Dah jelak plak asyik makan telur dadar. Jadi resipi ini telah menyelamatkan peti sejuk kat rumah dari dipenuhi dengan putih telur.
Labels:
Muffin Coklat
Thursday, April 29, 2010
PROMOSI KEK
SEMPENA MENYAMBUT HARI IBU
DAPATKAN POTONGAN HARGA SEBANYAK RM5.00 BAGI SETIAP KEK
BUAT TEMPAHAN AWAL
&
HADIAHKAN IA KEPADA
IBU YANG TERSAYANG
click to create your own
Labels:
Promosi Hari Ibu
Penghantaran
KAEDAH PENGHANTARAN:
Penghantaran percuma untuk kawasan sekitar Tampoi, Tmn Perling, Bandar Baru Uda, Skudai, Tmn Universiti, UTM dan Kempas jika tempahan melebihi 2 biji.
Tempahan juga boleh dihantar melalui pos dengan kadar harga sepertimana yang dikenakan oleh
POS Malaysia
Labels:
Penghantaran
Wednesday, April 28, 2010
Kek Lapis Keju Kencana
Kek lapis keju adalah adunan kek lapis bersama keju dan sirap kencana serta chocolate rice. Ada juga yang minat kek lapis keju coklat. Tempahan boleh dibuat mengikut permintaan.
Labels:
Kek Lapis Keju Kencana
Kek Kapas
Kek kapas sangat lembut seumpama kek sifon tapi ia lebih lembab dan enak. Kek kapas ringan & seakan-akan macam kek keju walaupun tak ada keju pun. Filling boleh dipelbagaikan tapi kebiasaannya tempahan sukakan filling coklat dan topping coklat ganache.
Semakin lama, semakin ramai pengemar kek kapas sehingga ada yang order dua hari berturut-turut. Mungkin tekstur kek kapas ini ringan menyebabkan ia cepat habis. Lebih enak dimakan ketika sejuk. Macam makan desert + asikrim pun ada.
Labels:
Kek Kapas
Sunday, April 25, 2010
Kek Lapis Rempah
Kek favourite saya sejak dari kecil.. Sekarang bila dah pandai buat kek sendiri, macam dah kurang nafsu nak makan kek lapis. Biasa la.. bila tak ada, asyik mencari. Bila dah jumpa dan selalu buat kek macam tak berapa minat nak makan. Ye la kan, kalau pembuat kek asyik makan kek sendiri macam mana nak jual. Asyik luak aje.. Tapi anak-anak tak pernah jemu makan kek yang mama dia buat.
Kek lapis rempah yang telah dipotong kecil dan sedia untuk dijamu.
Labels:
Kek Lapis Rempah
Kek Lapis Asam Manis
Kek lapis asam manis adalah yang paling tinggi permintaan. Warnanya yang menarik dan rasa masam manisnya yang menyebabkan ramai yang tertarik untuk merasa kek perisa ini. Nampak sungguh menyelerakan.
Kek lapis asam manis ini juga boleh diadunkan menggunakan warna asli tanpa pewarna. Tapi ikut selera masing-masing. Rasanya sama sahaja dan harganya juga sama.
Kek lapis asam manis tanpa pewarna.
Labels:
Kek Lapis Asam Manis
Kek Lapis Prune
Kek lapis prune lebih mudah dibuat berbanding asam manis kerana adunan memerlukan satu warna sahaja. Tapi ada juga permintaan untuk dwi warna. Jadi bergantunglah kepada pembeli yang mana berkenan.
Labels:
Kek Lapis Prune
Saturday, April 24, 2010
Kek Lapis Mocha
Kek lapis mocha juga semakin diminati. Ala-ala rasa rasa kopi dan nescafe tapi ada sedikit kelainan berbanding kek lapis sediada. Ada peminat yang tersendiri kek lapis mocha ni. Boleh cuba untuk menikmati keenakkan kek ini.
Labels:
Kek Lapis Mocha
Hannah Bakery House Blogspot Dilancarkan
Akhirnya blog Hannah Bakery House dapat dipaparkan kepada umum dan peminat-peminat kek. Sebelum ni saya cuma berangan-angan untuk memilik blog sendiri tapi akhirnya berjaya juga. Ini semua dari gesaan dan permintaan dari kawan-kawan dan peminat kek lapis di luar sana.
Selama ini saya mencari-cari kek lapis yang benar-benar serasi dengan tekak dan selera saya. Masa kecik-kecik dulu, ada juga orang yang pandai buat kek lapis tapi bila semakin dewasa semakin tak jumpa pula pengusaha kek lapis yang memenuhi selera. Kebanyakkannya kek lapis sarawak dan kek lapis yang mirip kek lapis dari Indonesia.
Puas mencari kek lapis tapi akhirnya saya bertemu dengan satu resipi yang dicari-cari selama ini.. Buat pertama kali mencuba.. Ini la dia..
Sejak dari hari itu, pelbagai kek lapis dengan variasi baru dicuba tetapi tidak dapat mengalahkan kek lapis rempah. Saya mula menjamu kawan-kawan dan ramai yang memuji. Kemudian, dengan sedikit keberanian saya cuba mengedarkan sampel pada orang sekeliling. Saje nak test market.. Alhamdulillah.. Sambutan sangat menggalakkan.
Saya cuba mengiklankannya di internet dan tempahan diterima saban minggu. Saya cuba sedaya upaya memenuhi kesemua pesanan walaupun badan terasa penat kerana bekerja di pejabat dan menguruskan anak serta rumahtangga. Mujur la ada keluarga yang membantu menguruskan anak-anak.
Jualan pun semakin masyuk dan dah sampai masanya saya harus memiliki sebuah blog / web bagi tujuan pemasaran. Dengan ini, dengan lafaz Bismillah dirasmikan..
Labels:
Pelancaran
Kek Kukus Buah
Kek kukus buah mengambil masa 4 jam untuk mengukusnya. Walaupun lama dimasak, kek ini tetap lembab dan enak dimakan. Agak berat sebab ia mewah dengan mixed fruit. Cubaan rasa kali pertama pasti tiada siapa yang akan menyesal kerana keenakkannya.
Labels:
Kek Kukus Buah
Friday, April 23, 2010
Anda Ingin Menempah
Ingin membuat tempahan & pertanyaan,
hubungi:
email: hannahbakery@yahoo.com
atau, boleh hubungi saya di talian 019-7786906
BAGAIMANA MEMBUAT PESANAN
Sila beri maklumat sepertimana berikut:-
Nama anda:
No hp atau tel:
Tarikh kek dikehendaki:
Alamat Tempat Penghantaran:
Jenis Kek:
Kuantiti kek:
KAEDAH PEMBAYARAN:
1. Tempahan produk mestilah dibuat 2 hari awal (untuk kuantiti kurang 4 biji). Untuk kuantiti banyak, tempahan mestilah dibuat satu minggu awal.
2. Bayaran deposit dikenakan sebanyak 50% jika tempahan melebihi 2 biji sahaja.
3. Sebarang pembatalan tempahan hendaklah dibuat melalui panggilan telefon ataupun sms, sekurang-kurangnya tiga hari sebelum tarikh pick up / penghantaran. Pembatalan jangan sesekali dibuat melalui peti email.
4. Sebarang deposit yang telah dibuat tidak akan dipulangkan kecuali dipinda ke tarikh lain.
5. Pembayaran penuh mestilah dibuat sehari sebelum tarikh pengambilan tempahan. Sila email atau sms data bukti pembayaran.
6. Bagi penghantaran melalui pos, bayaran penuh hendaklah dijelaskan sebelum penghantaran dibuat
BANK IN :
SITI HAFSAH BINTI ROSLI
Maybank 151017003748
Penting - Sila sms info pembayaran deposit beserta nama anda.
Wang deposit tidak akan dipulangkan sekiranya anda mahu membatalkan tempahan. Anda hanya boleh menunda ke satu tarikh yang lain.
Labels:
Tempahan
Subscribe to:
Posts (Atom)








