Akhirnya blog Hannah Bakery House dapat dipaparkan kepada umum dan peminat-peminat kek. Sebelum ni saya cuma berangan-angan untuk memilik blog sendiri tapi akhirnya berjaya juga. Ini semua dari gesaan dan permintaan dari kawan-kawan dan peminat kek lapis di luar sana.
Selama ini saya mencari-cari kek lapis yang benar-benar serasi dengan tekak dan selera saya. Masa kecik-kecik dulu, ada juga orang yang pandai buat kek lapis tapi bila semakin dewasa semakin tak jumpa pula pengusaha kek lapis yang memenuhi selera. Kebanyakkannya kek lapis sarawak dan kek lapis yang mirip kek lapis dari Indonesia.
Puas mencari kek lapis tapi akhirnya saya bertemu dengan satu resipi yang dicari-cari selama ini.. Buat pertama kali mencuba.. Ini la dia..
Sejak dari hari itu, pelbagai kek lapis dengan variasi baru dicuba tetapi tidak dapat mengalahkan kek lapis rempah. Saya mula menjamu kawan-kawan dan ramai yang memuji. Kemudian, dengan sedikit keberanian saya cuba mengedarkan sampel pada orang sekeliling. Saje nak test market.. Alhamdulillah.. Sambutan sangat menggalakkan.
Saya cuba mengiklankannya di internet dan tempahan diterima saban minggu. Saya cuba sedaya upaya memenuhi kesemua pesanan walaupun badan terasa penat kerana bekerja di pejabat dan menguruskan anak serta rumahtangga. Mujur la ada keluarga yang membantu menguruskan anak-anak.
Jualan pun semakin masyuk dan dah sampai masanya saya harus memiliki sebuah blog / web bagi tujuan pemasaran. Dengan ini, dengan lafaz Bismillah dirasmikan..
0 comments:
Post a Comment